KANSER KULIT? OH TIDAK!
[Basal cell carcinoma - skin cancer]
Hari ini saya buat satu skin biopsy untuk pesakit wanita berbangsa cina, beliau berumur 69 tahun.

Pada mulanya beliau datang dengan masalah ketumbuhan seperti dalam gambar di atas. Ketumbuhan itu bermula sejak 2 tahun yang lalu dan semakin membesar.
Pegawai perubatan selalunya akan go through the algorithm of A,B,C,D,E untuk menentukan skin cancer.
๐A : asymmetrical
๐B : border
๐C: colour
๐D: diameter
๐E : evolving

Jika terdapat sebarang perubahan pada kelima-lima ciri di atas, maka kita seharusnya berfikir ke arah kanser kulit.
Berbalik kepada pesakit saya tadi, ketumbuhan pada sebelah kanan hidung. Untuk Basal Cell Carcinoma(BCC), kawasan di sebelah hidung kiri atau kanan memang sangat tipikal. Kebanyakan pesakit kami yang mempunyai BCC, tapak kanser adalah dari kawasan hidung.
โBahaya ke tak doktor?
BCC tidak berbahaya. Tetapi kalau tidak dibuang dia akan merebak dan memusnahkan struktur di bawah kulit tersebut seperti otot dan tulang. Dan BCC selalunya adalah sangat slow growing. Ada pesakit saya yang mempunyai simptom ketumbuhannya lebih dari 10 tahun dan ketumbuhannya masih sama di situ.
Jadi macam mana kita nak tahu BCC tu?
Tanda-tanda awal yang boleh kita lihat ialah seperti ada saluran darah kecil atas permukaan ketumbuhan itu (telengiectasia).
Perubahan lain adalah, ketumbuhan semakin membesar menyebabkan ulcer/luka, permukaan tepi yang berbonggol (rolled edge).
Seperti pesakit saya ni, ketumbuhan nampak seperti jeragat yang tebal. Tetapi disebabkan telengectasia, kita perlu suspect kepada penyakit BCC.
โRawatan bagaimana?
Yang pertama, kita perlu ambil sampel kulit(skin biopsy) dulu dan dihantar ke makmal untuk memastikan ianya BCC.
Selepas dipastikan, anda akan dirujuk ke pakar bedah plastik untuk dibuang kanser tersebut. Jika semuanya sudah dibuang, rawatan sudah tamat. Tidak perlu kemoterapi atau radiotherapi.
Pesakit akan dinasihatkan untuk memakai sunblock bagi mengelakkan kanser ini berulang di tempat lain pula.
Sebab itu, mencegah lebih baik dari mengubati. Terutamanya untuk anda yang berkulit cerah dan kurang melanin yang mana risiko utk mendapat kanser kulit lebih tinggi.
Harap bermanfaat. Jangan lupa amalkan sunblock sebagai rutin harian dan share pada rakan-rakan anda juga info ini. ๐
Boleh follow IG sayaย @dr_bazilahย untuk tips-tips berkenaan kulit yang lain.
Terima kasih kerana membaca๐