RAMBUT OH RAMBUT 3.0
Updated: Jul 6, 2020
Assalamualaikum semua.
Masih ingat saya ada janji untuk cerita tentang supplements atau vitamin untuk mengurangkan hair loss? This is it guys! Post sangat panjang so saya akan pecahkan kepada beberapa post ye. 😊
1. Fish oil
Omega -3 membantu membekalkan nutrisi pada rambut, meningkatkan ketebalan rambut dan mengurangkan keradangan yang menyumbang kepada hair loss.

Ada kajian yang dibuat pada tahun 2015 di Journal of cosmetic dermatology yang membuat kajian tentang kesan pengambilan suplemen omega-3 dan omega-6 serta antioksida lain selama 5 bulan kepada keguguran rambut. Seramai 120 peserta wanita yang sihat tetapi mengalami female pattern hair loss diambil.
Selepas 6 bulan, kadar kelebatan rambut, perubahan peratusan pada folikel rambut yang masih aktif dan diameter rambut di ambil dan dicatat.
Sebanyak 89.9% peserta terlibat melaporkan terdapat pengurangan pada keguguran rambut dikalangan mereka yang mengambil supplemen ini berbanding mereka yang tidak mengambilnya.
Jadi apa contoh makanan yang merupakan sumber omega 3?
Makanan yang boleh diambil adalah salmon, sardin, tuna, ikan kembung, kuning telur, kacang walnut dan sebagainya. Sumber nutrisi ini dapat membantu untuk mengurangkan radang dan keguguran rambut.
2. Zinc
Zinc adalah antara co-factor untuk beberapa enzim dan penting untuk kesihatan folikel rambut. Zinc juga membantutkan folikel rambut dari terhapus dan mempercepatkan pemulihan folikel rambut yang rosak.
Kajian yang dilakukan pada tahun 2013 pada mereka yg mempunyai masalah keguguran rambut termasuk pesakit alopecia areata (AA), male and female pattern hair loss serta telogen effluvium (rujuk post saya tentang rambut gugur sebelum ini) mendapati mereka ini mempunyai level zinc yang lebih rendah dalam darah berbanding mereka yang sihat.
Kajian pada 2009 yang dibuat oleh Annals of Dermatology menilai kesan oral zinc yang diberi pada pesakit alopecia areata(AA) selama 12 minggu.
Hasilnya, 9 dari 15 pesakit melaporkan suplemen zinc mempunyai kesan positif pada keadaan rambut mereka. Oleh itu, zinc juga didapati dapat membantu dalam meningkatkan kesihatan rambut.

Apa lagi yg anda boleh ambil utk krgkan hair loss? Kita sambung next post ya. Stay tuned.😘
Boleh follow IG saya @dr_bazilah dan website drbazilah.com untuk tips-tips berkenaan kulit yang lain.
Terima kasih kerana membaca😉