top of page
  • Writer's pictureDR.B

TANDA LAHIR ATAU HEMANGIOMA 2.0

Updated: Jul 6, 2020



[Tanda lahir/hemangioma]


Antara banyak-banyak tanda lahir yang kita lihat, kerap kali kita akan terserempak dengan tanda lahir seperti gambar di atas. Warna merah yang biasanya terjadi pada bayi. Ini lah yg dinamakan infantile hemangioma (IH)


Bila ada tanda lahir sebegini, soalan pertama yang kami akan tanya adalah "berapa lama dah ada ketumbuhan seperti ini? "



Kebanyakan ibubapa akan jawab sejak lahir. Tapi anda harus membezakan, adakah ianya wujud sebaik bayi dilahirkan atau muncul beberapa minggu selepas bayi dilahirkan?


Kenapa ia penting? Saya sudah lupa doktor.( Jawapan yang biasa diberi :P)


Sebab kalau lahir-lahir terus ada, ianya kemungkinan besar bukan infantile hemangioma (IH) tetapi ianya adalah vascular lesion. Maksudnya ketumbuhan salur darah yang ada kaitan dengan darah yang dipam dari jantung kita Dan ini memerlukan rawatan susulan yang lebih lagi dengan pakar kulit kanak-kanak.


So apa kah sequale kepada IH?


IH wujud beberapa minggu lepas lahir. Ia akan mula membesar bermula pada 3 bulan pertama. Menjadi semakin besar 5 hingga 8 bulan dan kemudian kekal. Dan sesetengahnya mengecil /hilang bermula dari umur bayi setahun sehingga setahun setengah. Tapi ada juga yang jejak hingga 3 tahun.


Bila nak dapatkan rawatan?


✔Bila ianya mengganggu penglihatan,  pendengaran, pernafasan ataupon proses pemakanan/penyusuan cth sekitar mulut, hidung, mata, kemaluan, dubur, telinga etc.


✔Kerap luka lalu berdarah/dijangkiti kuman


✔Saiznya terlalu besar. Mungkin melibatkan struktur yang jauh ke dalam kulit

.

✔kalau tidak surut walaupun anak dah mula bersekolah


Apa rawatannya?


Kebiasannya jika ianya kecil dan bukan di kawasan yang dinyatakan ianya perlukan pemantauan sahaja. Tiada rawatan diberikan.


Tiada ubat sapu ke doktor?


Ada. Jika ianya kecil biasanya timolol drop akan digunakan. Timolol drop ni ubat mata untuk kurangkan tekanan dalam mata digunakan untuk pesakit glaucoma tetapi boleh juga digunakan untuk kes sebegini.


Ubat makan ada tidak doktor?


Ada. Biasa digunakan di sini adalah propanolol. Iaitu ubat darah tinggi yang dimakan oleh pesakit darah tinggi. Sebab itu, nak mulakan makan ubat ni, pesakit perlukan pemerhatian penuh di wad dikhuatiri tekanan darah bayi akan menjadi rendah. Gula dalam darah juga boleh menjadi rendah disebabkan ubat ini.


Kesimpulannya, ambil tahu bila anda perlu dapatkan rawatan segera dari pakar. Dan jika perlukan rawatan, pastikan mendapat pemantauan dari pakar kanak-kanak atau pakar kulit.


Boleh share dgn kawan-kawan yang ada anak hemangioma supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan selepas ni.

Boleh follow IG saya @dr_bazilah  dan website drbazilah.com untuk tips-tips berkenaan kulit yang lain.


Terima kasih kerana membaca😉


1,641 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page