• DR.B

Siapa Ada Masalah Leher Dan Pelipat Hitam?

Assalamualaikum semua. Saya pasti ramai juga yang ada masalah ni kan. Dan kebiasaannya ianya di biarkan sahaja tanpa ada penyelesaian.


Tahukah anda bahawa kebanyakan mereka yang mempunyai masalah ini mempunyai Acanthosis Nigricans (AN)

Jom tengok kenapa masalah ini boleh berlaku? .

1. Obesiti.


Obesiti antara sebab utama masalah seperti ini boleh berlaku. Kajian menunjukkan bahawa orang dewasa dan kanak-kanak yang hilang banyak berat badan akan mendapati kulit di kawasan pelipat mereka lebih cerah berbanding sebelumnya.

2. Genetik

Genetik yang berkulit gelap seperti native american, african, caribbean dan Hispanic origin lebih cenderung mendapat masalah ini kerana tinggi melanin. Kalau di Malaysia, kaum india dan melayu. 3. Masalah kulit seperti ekzema, jangkitan kulat Keradangan kulit disebabkan masalah seperti ekzema, psoriasis, jangkitan kulat (tinea, candida), bakteria (erythrasma) yang kronik boleh menyebabkan masalah pigmentasi ini. Ini kerana selepas masalah kulit ini sembuh dari keradangan, ia akan menjadi parut hitam dipanggil post inflammatory hyperpigmentation (PIH)


4. Pre diabetes / diabetes. Masalah ini juga merupakan tanda - tanda awal anda mempunyai masalah insulin intolerance. Sebaiknya check kadar gula anda dan elakkan makan makanan yang tinggi GI index. Rawatan diabetes akan mengurangkan kadar pigmentasi ini. .

. 5. Ubat ubatan Ubat seperti pil perancang, steroid dan niacin. Bincang dengan doktor utk hentikan penggunaan ubat jika anda rasa ianya berkaitan .



6. Hormon Penyakit berkaitan hormon seperti cystic ovary (PCOS), thyroid disease, addison disease. Boleh periksa dengan doktor, sebab ia mungkin salah satu penyebab pelipat anda jadi gelap.


7. Pregnancy Pengaruh melanin stimulating hormon menyebabkan kulit di celahan, puting, dan perut menjadi lebih gelap dari biasa. Keadaan ini biasanya akan kembali normal setelah anda melahirkan anak. Teruskan memakai sunscreen ya.


8. Chronic irritation Frequent shaving and waxing di kawasan pelipat seperti celah peha dan ketiak menyebabkan luka kecil dan menyumbang kepada masalah pigmentasi.

. 9. Kanser Apabila masalah Achantosis Nigricans berlaku dengan sangat cepat, ia boleh menjadi tanda kanser seperti kanser perut, usus dan hati. Jika ada simptom yang meragukan, jangan lupa untuk berjumpa dengan doktor ya. Terima kasih kerana membaca blog saya. Kalau anda rasa bermanfaat, boleh share info ni pada rakan2 lain ya. Jumpa lagi next pos.


Boleh follow IG saya @dr_bazilah untuk info lanjut berkait rawatan bagi penyakit di atas dan tips-tips lain.

210 views0 comments