top of page
  • Writer's pictureDR.B

PERLU KE VITAMIN C SERUM?

Updated: Jan 31, 2019

Mari kita kenali vitamin C serum nii dengan lebih dekat. Vitamin C adalah sejenis antioksida. Antioksida membantu menyahkan bahan oksida yang merosakkan dan membuatkan kulit menjadi kusam. Oleh sebab itu vitamin C serum ini dapat mencerahkan kulit, memudarkan parut jerawat dan juga tanda hitam dibawah mata.

Pemakaian vitamin C serum juga membantu meningkatkan penghasilan kolagen. Sebagai kesannya, kulit lebih anjal dan garis-garis halus akan hilang. Vitamin C jika dipakai bersama-sama sunblock akan mengoptimumkan fungsi sunblock itu sendiri iaitu menghalang sinar UV yang menghasilkan Oxidative stress dan meneutralkan bahan-bahan oksida yang terlepas daripada pertahanan sunscreen itu tadi.


Bila patut pakai Vitamin C serum ini? Pakai 2 kali sehari sebelum memakai sunblock waktu pagi dan sebelum memakai pelembap pada waktu malam. Pemakaian yang konsisten memang akan menghasilkan kesan yang baik pada muka.

Boleh follow IG saya @dr_bazilah  dan website drbazilah.com untuk tips-tips berkenaan kulit yang lain.


Terima kasih kerana membaca. 😊

216 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page