OH TIDAK! RAMBUT GUGUR LAGI?
Updated: Jul 6, 2020

Ada pelbagai punca berlakunya rambut gugur.
1. Most commonly due to genetic and ANDROGEN hormon . Sama ada male pattern or female pattern hair loss. Anda akan perasan yang rambut semakin lama semakin menipis. Boleh menggunakan spray anti androgen iaitu minoxidil spray 2% dan 5% untuk mengelakkan rambut gugur dengan lebih banyak.
2. Jika keguguran rambut anda berlaku dengan sangat banyak dalam masa yang singkat especially selepas tekanan seperti melahirkan anak, sakit , atau diet, Jangan risau kerana ia adalah sementara sahaja. Rambut akan tumbuh seperti biasa selepas episode tekanan tersebut hilang. Keadaan ini dinamakan "TELOGEN EFFLUVIUM". Tiada rawatan diberikan.
3. Jika keguguran rambut terjadi setempat dan anda mempunyai kebotakan di kawasan tertentu, anda mungkin mengalami kondisi autoimmune di mana antibodi bertindak dengan menyerang folikel rambut anda sendiri. Keadaan ini dinamakan "ALOPECIA AREATA" (AA).

Untuk Alopecia Areata, rawatan krim steroid diberikan pada kawasan tersebut untuk melemahkan tindakan antibodi itu. Dengan itu folikel rambut tidak dapat dimusnahkan dan rambut dapat tumbuh semula secara normal.
4. Jika keguguran hanya berlaku di kawasan gigi rambut di depan dan tepi, Anda mungkin mengalami "TRACTION ALOPECIA". Kondisi di mana rambut yang diikat dengan ketat menyebabkan rambut tertarik ke belakang dan kawasan botak di hadapan dan tepi gigi rambut terjadi.

5. Jika keguguran rambut itu disertai dengan parut/luka di kulit kepala, anda mungkin mengalami "DISCOID LUPUS ERYTHEMATOUS". Kajian perlu dilakukan untuk memastikan yang anda tiada masalah yang serius seperti SLE atau masalah autoimun yang lain. Pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk masalah ini. Anda mungkin perlu mendapatkan ubat steroid.
6. Jika keguguran rambut anda seperti baru dimakan binatang seperti kupu-kupu, berlubang-lubang dan tobek di sana sini. Hati-hati, ia mungkin salah satu simptom penyakit kelamin yang dikenali sebagai "SYPHILLIS". Pastikan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan susulan.
Jadi yang mana satukah anda? Apakah tips-tips yang boleh anda buat untuk membantu mengurangkan rambut gugur tersebut?
Boleh follow IG saya @dr_bazilah dan website drbazilah.com untuk tips-tips berkenaan kulit yang lain.
Terima kasih kerana membaca😉