top of page
  • Writer's pictureDR.B

OH MY LIPS!

Updated: Jul 6, 2020

Hi semua..


Hari ini saya akan sambung mengenai lips pigmentation. Kalau ada yang tidak pasti bole rujuk post saya sebelum ini yang bertajuk "Bibir Hitam?".


Jadi Jom lihat apa lagi punca yang membuat bibir gelap selain lipstick ya.


1. UV Light As expected. Macam mana kulit kita sunburn disebabkan oleh matahari seperti itu juga  bibir kita.


2. Hormonal Perasan atau tidak orang yang hamil terdapat satu garisan yang gelap di tengah perut mereka. Garisan tersebut dipanggil Linea Nigra. Hal ini disebabkan semasa mengandung uri kita menghasilkan hormon yg menyebabkan pigmen kita bertambah. Jadi disebabkan pigmen melanin ini, kulit bibir juga boleh menjadi lebih gelap. Sama seperti kulit di leher, ketiak dan kelengkang yang nampak lebih gelap semasa hamil.


3. Merokok Selain itu, merokok juga merupakan penyumbang utama kepada bibir gelap. Jadi Jom berhenti merokok? Badan sihat bibir pun cantik. 😉



4. Dehidrasi Bila air di dalam badan  tidak cukup, bibir akan menjadi kering dan merekah. Bila pulih dia akan menjadi lebih gelap. Anda harus pastikan hidrasi badan sentiasa terjaga ya.


5. Ubat-ubatan Terdapat sesetengah ubat contohnya ada antibiotik yang boleh membuat bibir menjadi gelap.


6. Melasma Klu anda jenis senang dapat melasma atau jeragat, (boleh rujuk post saya mengenai jeragat) peluang untuk bibir anda menjadi gelap lebih tinggi atas faktor melanin.


Thats all so far.


Cara jaga bibir dan kurangkan pigmentasi kita sambung post lain ya. 😉Boleh follow IG saya @dr_bazilah  dan website drbazilah.com untuk tahu lebih lanjut serta tips-tips berkenaan kulit yang lain.


Terima kasih kerana membaca.

59 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page