top of page
  • Writer's pictureDR.B

MELAMBATKAN PENUAAN

Updated: Jan 31, 2019

"Just when I thought I am done with acne, aging comes in. " Haaaa siapa yang rasa-rasa dia ada masalah macam ini? Rasa macam baru sahaja rasa lega muka sudah berkurang jerawat. Tengok-tengok sudah mulai ada kedut-kedut di bawah mata pula. Ada ke tips-tips untuk melambatkan proses penuaan ini? Ya memang ada. Tips 1 : Minum air 8 gelas sehari . Memang bukan mitos, minum air putih dengan banyak boleh membantu melambatkan penuaan.

Sel kulit kita sebenar nya terdiri daripada 70% air. Air di dalam sel juga bertanggungjawab untuk memberikan ketegangan kepada kulit. Apabila kandungan air di dalam badan berkurang, sel akan menjadi lebih kering dan kedutan kulit akan lebih kelihatan.

Oleh sebab itu, minum lah air dengan banyak. Selain membantu menyahkan sisa toksin ia juga membantu anda nampak lebih muda dari usia sebenar. Tetapi kalau anda mempunyai penyakit seperti rosak buah pinggang, jangan amalkan tips ini. Hal ini disebabkan oleh Buah pinggang anda yang tidak berfungsi secara normal dan air tidak dapat dikeluarkan dari badan dengan lebih efisyien. Maka, air yang berlebihan akan berkumpul di paru-paru membuatkan anda sesak nafas dan berkumpul di kaki sehingga membuatkan ianya membengkak. So not every practice is safe for everyone. Make sure u consult with your doctor before you try anything ya. 😘 To be continued...😆

Boleh follow IG saya @dr_bazilah  dan website drbazilah.com untuk tips-tips berkenaan kulit yang lain.


Terima kasih kerana membaca. 😊

201 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page