MASALAH JERAGAT?
Updated: Jul 6, 2020
Kenapa boleh dapat jeragat ?
Kebanyakan yang message saya secara personal, sering mempunyai masalah jeragat. In fact, pesakit saya di klinik pun ramai yang ada masalah ini.
And if u notice, masalah jeragat banyak terjadi pada mereka yg berumur 30-an ke atas. Bila kita berumur 30-an kulit kita sudah matang. Maksudnya proses untuk menghasilkan kolagen lebih rendah dari waktu umur kita belasan tahun.

Kulit kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan damage yang boleh terjadi pada kulit kesan dari physical or chemical insult seperti dari sinaran UV (ultraviolet).

Utk mengelakkan dari sinaran UV yang berbahaya tersebut, kulit akan bertindak balas untuk menghasilkan lebih banyak melanin iaitu pigment yang memberi warna gelap pada kulit. Makin banyak melanin di kawasan kulit tersebut bertambah gelap lah Kulit kita. Ini merupakan kronologi bagaimana jeragat terbentuk.
Kulit nampak macam bertompok-tompok gelap atau uneven skin tone you will call. Sebab tu untuk pesakit saya, memang akan saya tekankan penggunaan sunblock yang betul.
Pakai sunblock yg ada SPF tinggi. Pemakaian sunblock sedikit sebanyak, kita membantu kulit kita dari terkena sinaran UV yang merbahaya. Jadi Kulit kita tidak perlu menghasilkan banyak melanin untuk menghalang sinaran UV tersebut, sebab dah ada sunblock kita yang membantu menghalan sinaran UV.

Kadan-kadang org muda rasa kulit mereka tiada banyak masalah, tiada pigmentasi jadi tidak perlu pakai sunblock. Actually kita pakai sunblock bukan apabila jeragat sudah terbentuk tetapi sebelum jeragat terjadi.
Even after jeragat sudah terjadi sekalipun, kita masih perlu memakai sunblock. Ini bagi menghalang jeragat baru terbentuk.
So it is never too late to start your sunblock regime. Sunblock ni besar peranannya. Even untuk pesakit skin cancer pun kita memang wajib kan mereka pakai sunblock untuk elakkan kanser baru terbentuk. Kalau anda ada family yang ada skin kanser, mohon jangan tinggalkan sunblock di rumah. Wear it everywhere and anywhere you go.
Apalagi? Jom pakai sunblock.
Boleh follow IG saya @dr_bazilah dan website drbazilah.com untuk tips-tips berkenaan kulit yang lain.
Terima kasih kerana membaca.