top of page
  • Writer's pictureDR.B

KULIT BERMINYAK?

Updated: Jul 6, 2020

Hai korang,

Jom kenal kulit kita. Tips dari saya hari ni tidak ditaja oleh mana - mana Syarikat ubat atau  produk kecantikan. Saya kongsi atas pengalaman dan pengetahuan saya sepanjang bekerja di dalam bidang perubatan.


Antara masalah kulit yang paling kerap pelanggan atau pesakit saya luahkan adalah kulit berminyak dan kulit kering. Untuk pengetahuan semua, jenis kulit menentukan produk atau pencuci muka yang sesuai untuk kulit masing-masing.


Jangan main pakai atau hentam saja ye, nanti tambah berminyak dan berjerawat kulit tu.




CIRI-CIRI KULIT BERMINYAK:

  1. Sewaktu bangun pagi kulit berminyak.

  2. Saiz pori di muka lebih besar.

  3. Kulit senang berjerawat dengan solekan.

  4. Faktor keturunan dan berkulit tebal.

Haaa, da tau kan jenis kulit berminyak, jom kita kenal pula jenis kulit yang kering macam mana.



 CIRI-CIRI KULIT KERING:

  1. Kulit mudah merah

  2. Gatal

  3. Lebih nipis

  4. Bersisik

  5. Kulit rasa ketat

  6. Mudah ada garis halus atau berkedut

  7. Pori lebih kecil

 Kadang-kadang ada pesakit yang ada ciri-ciri kombinasi kulit kering dan berminyak.



CIRI-CIRI KULIT KOMBINASI

Mempunyai kedua-dua ciri di atas terutama di T zone.


KONKLUSI

Kalau dah tau jenis kulit, lepas ni kena tau jenis pencuci muka atau sunblock yang bagus kan?


Nanti saya kongsikan jenis-jenis pencuci muka dan sunblock yang sesuai untuk kulit muka anda dalam post yang seterusnya.


Selain tu boleh follow IG saya @dr_bazilah dan website drbazilah.com  untuk tips-tips berkenaan kulit yang lain.


Terima kasih kerana membaca.😊

135 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page