KUKU KAKI ROSAK?
Updated: Jul 6, 2020
Hi, lama rasanya saya tidak berkongsi mengenai penyakit Kulit / Dermatology. Jadi untuk follower baru saya ye, hari ni saya akan ceritakan sedikit sebanyak mengenai kulat kaki atau Fungal Nail Infection.

Ini siapa punya kaki ni?
Tahukah anda keadaan kuku anda tells a lot of things about your health condition? Salah satunya adalah fungal nail infection atau pon jangkitan kulat pada kuku. Pernah tidak anda dapat keadaan kuku jari atau kaki yang mcm ni?
Nail fungal ada pelbagai jenis dan yang paling teruk adalah Dystrophic Fungal Nail Infection. Yang mana keadaan kuku boleh di katakan telah rosak teruk akibat jangkitan kulat tersebut!
Macam mana jangkitan ni boleh terjadi? Untuk orang yang normal, kita jarang-jarang akan dijangkiti oleh kulat disebabkan oleh antibodi badan yang kuat dan mampu menghalang jangkitan kulat tersebut daripada berleluasa.
Namun demikian untuk orang yang berimuniti rendah seperti pesakit kencing manis, pesakit HIV, pesakit yang on systemic steroid atau ubat yang merendahkan imuniti yang lain, mereka akan lebih mudah dijangkiti kulat kerana sistem pertahanan badan yang lemah.

Orang yang imuniti baik pon boleh dijangkiti kulat ni tau. Selalu terjadi pada kuku yang tersompek contoh nya kuku terlanggar batu atau tersepak batu sampai kuku tersebut tersompek sedikit, so dia menjadi tempat akses atau lauan utama untuk kulat itu masuk dan menyebabkan jangkitan pada matriks kuku tersebut.
Apa yang boleh anda lakukan apabila anda dijangkiti kulat ini? Kalau anda benar-benar pasti itu adalah jangkitan kulat, anda boleh gunakan Amorolfine Nail Lacquer/ Loceryl. Sapukan pada kuku seminggu sekali sehingga kuku anda pulih. Ubat ini ada dijual di farmasi dan harganya pun boleh tahan mahal. Sekitar seratus ringgit atau lebih kalau tidak silap.
Tetapi ubat tersebut boleh disimpan lama dan digunakan berulang kali jika tidak banyak kuku yang dijangkiti. Namun, kalau anda mengandung atau menyusukan anak, anda TIDAK disarankan untuk menggunakan ubat ini. Tunggu lah sampai anak lahir dan dah tidak menyusukan bayi baru pakai ubat ni ya.

Jangan risau jangkitan tu tidak akan menjadi bertambah teruk kecuali imuniti badan terlampau rendah. Kalau 10 tahun anda boleh tahan jangkitan kulat takkan tidak boleh tunggu dalam 9-12 bulan sampai anak lahir kan.
Boleh follow IG saya @dr_bazilah untuk tips-tips berkenaan kulit yang lain.
Terima kasih kerana membaca.