top of page
  • Writer's pictureDR.B

KENAPA ANDA PERLU RAWAT RAMBUT KELEMUMUR?

Updated: Jul 6, 2020



1. Membuat kan rasa rendah diri


❤ Jika anda perasan kebanyakan pesakit yang mempunyai masalah rambut kelemumur akan cuba elakkan berbaju gelap. Kerana menggunakan baju gelap, ia akan membuatkan kelemumur nampak lebih obvious. Dan ia akan menyebabkan pesakit berasa lebih self concious dan kurang keyakinan diri.



2. Memusnahkan akar rambut


❤ Rambut berkelemumur kadang kala disertai juga dengan rembesan sebum yang berlebihan dan seterusnya menggalakkan pembiakan microorganisms atau bakteria. Bakteria ini akan bertindak pada folikel rambut, memusnahkan dan menyebabkan rambut gugur lebih banyak. Rambut akan tumbuh kembali jika masalah ini dirawat.


3. Penyakit


❤ Kelemumur yang berlebihan juga kebiasanya berkait rapat dengan penyakit seperti psoriasis atau seborrheic dermatitis. Penyakit seperti ini kebiasaanya tak akan dapat diselesaikan dengan penggunaan shampoo biasa. Berjumpa dengan doktor untuk kenalpasti penyakit anda dan seterusnya bagi mendapatkan rawatan yang betul. .



4. Jangkitan kulat


❤ Harus di ingat, kelemumur yang disertai dengan cairan,berkerak, nanah atau benjolan di kulit kepala adakalanya berpunca dari jangkitan kulat. Sekiranya tidak dirawat, ia akan memudatkan dan jangkitan akan bertambah teruk. Sebarang rawatan ubat sapu tidak mungkin akan pulihkan masalah ini. Anda mungkin perlu makan ubat anti kulat selama beberapa bulan!


5. Keguguran rambut kekal


❤ Akhir sekali keadaan kelemumur yang kronik dan tidak dirawat akhirnya akan membuatkan keguguran rambut bertambah teruk dan kronik yang akhirnya membawa kepada kebotakan rambut yang kekal. .


Rawat masalah kelemumur anda.


Jangan biarkan sehingga anda mengalami masalah botak kekal. Ia lebih sukar dirawat berbanding masalah kelemumur itu sendiri.


Sebarkan dan selamat beramal 😊


Boleh follow IG saya @dr_bazilah  dan website drbazilah.com untuk tips-tips lain.


Terima kasih kerana membaca😉

1,073 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page