google-site-verification=t7zpuPhJMORvKfTkHlPhnNgMxJ_lxzOOm2SsrswMIvA
  • DR.B

JOM KURANGKAN RAMBUT GUGUR.

Updated: Jul 6

Assalamualaikum semua.


Hari ini saya nak berkongsi tips untuk mengurangkan hair loss seperti yang saya janjikan dalam post semalam.


1. Jangan sikat rambut semasa basah.


Rambut yang basah lebih rapuh dan senang tertarik. Sebaiknya keringkan dahulu baru disikat untuk mengurangkan rambut gugur.



2. Ubah Gaya rambut


Kalau anda jenis suka ikat rambut ketat-ketat, anda perlu belajar untuk buat loose ponytail. Kemudian tukar parting rambut sesekali. Jangan biarkan parting sama sahaja ditakuti nanti akan jadi 'highway' di atas kepala tu. 😋


3. Jangan keringkan rambut dengan menggosokkan rambut ke towel. .



4. Jangan skip conditioner.


Conditioner buat rambut lebih licin dan senang disikat jadi akan mengurangkan rambut gugur.


5. Elakkan blow dry atau style rambut yang terlalu kerap.


Rebonding atau perming boleh menyebabkan banyak rambut gugur. Ini kerana apabila rambut dipanaskan, natural moisturizing faktor pada rambut berkurang menjadikan rambut kering, lebih brittle dan mudah putus. Tips --> tingkatkan suhu perlahan-lahan semasa prosedur ini. Start with low temperature first.


6. Kerapkan membasuh rambut.


Kita hilang 50-100 helai rambut sehari on a non shampoo day and 300 helai sehari pada hari bershampoo. Tapi tahukah anda jika rambut dibiarkan lama tidak dicuci, bakteria akan tumbuh dan memusnahkan folikel rambut menyebabkan lebih banyak rambut gugur dari biasa.


7. Elakkan menyambung rambut (hair extension).


Hair extension menyebabkan folikel rambut terbeban dengan berat rambut lalu menyebabkan ia mudah tertarik lalu putus dan gugur. Sebab itu bila kita potong rambut, kita perasan less hair fall.


Hmm.. Macam nak share supplement atau makanan yang boleh membantu mengurangkan rambut gugur. Nak saya share next post ke? 😉

Boleh follow IG saya @dr_bazilah untuk tips-tips berkenaan kulit yang lain.


Terima kasih kerana membaca😉


156 views
  • whatsapp
  • WAZE

© 2018 KLINIK BAZILAH SDN BHD.

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now