JERAWAT DI BADAN?
Updated: Jan 31, 2019
Anda pernah ada Body acne? Apa itu Body acne? .

Body acne ini adalah jerawat yang berlaku di badan. Almost 60% of people suffering from acne will have body acne especially dekat dada dan belakang serta bahu. . Betul, jerawat boleh jadi di mana sahaja terutama bahagian kulit yang mempunyai rambut. Body acne selalunya lebih teruk dari face acne sebab jerawat yang naik lebih besar kita panggil dalam bentuk nodule atau cyst dan sakit kerana kulit badan yang lebih tebal dan porinya lebih besar berbanding kulit muka. . Kebanyakan mereka yang selalu ada body acne terdiri daripada lelaki disebabkan pengaruh hormon. Tetapi wanita juga tidak terkecuali. . Ada juga mereka yang mempunyai body acne dikatakan turut mempunyai penyakit seperti Seborrhoeic dermatitis, sejenis alahan yang menghasilkan banyak kelemumur di kepala dan sekitar muka.

Malah untuk perempuan penting untuk anda membuat pemeriksaan hormon jika anda ada simtom-simtom seperti jerawat yang besar dan teruk, berbadan besar, datang bulan yang tidak teratur, keguguran rambut, bermisai atau berbulu lebih sedikit daripada biasa bagi mengesan penyakit Polycyctic ovary syndrome atau PCOS. . Kenapa kita perlu rawat body acne ni? Jawapannya kerana body acne ini cenderung untuk membentuk keloid scar. Apa tu keloid scar? Boleh cuba google ya. .

So, Bagaimanakah caranya untuk anda kurangkan masalah body acne ni? Apakah sesetengah home treatment therapy yang boleh dilakukan untuk membendung masalah ini? Saya share di next post ya. 😉
Boleh follow IG saya @dr_bazilah dan website drbazilah.com untuk tahu lebih lanjut serta tips-tips berkenaan kulit yang lain.
Terima kasih kerana membaca.