BULAN BINTANG KOSMETIK
Updated: Jan 31, 2019
Hi semua,
Akhir-akhir ni banyak usahawan muda yang mengeluarkan produk kosmetik. Tahniah atas usaha anda untuk memajukan ekonomi diri, keluarga dan negara.

Akan tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. Ada produk kosmetik yang menjanjikan kesan seawal satu hingga tiga hari!
Kitaran kulit normal untuk menggantikan lapisan baru adalah selama 28 hari.

Bagaimana anda dapat putih seawal 3 hari dengan menggunakan produk kalau kulit anda adalah normal?
Kecuali anda ada Psoriasis (Sejenis penyakit kulit). Kitaran kulit adalah seawal 5 hari!
Ramai orang sanggup membelanjakan duit untuk kosmetik /make up yang mahal, but not on skincare.
Make up boleh buat kulit anda rosak dan cepat berkedut terutama kalau dibiarkan lama di atas kulit. Skincare membantu memulih dan melindungi kulit anda.

KONKLUSI Jaga kulit baik-baik. Kita akan pakai muka dalam jangka masa yang lama. Carilah produk yang selamat dan berkualiti. 😊
Boleh follow IG saya @dr_bazilah dan website drbazilah.com untuk tahu lebih lanjut serta tips-tips berkenaan kulit yang lain.
Terima kasih kerana membaca.