top of page
  • Writer's pictureDR.B

BOLEHKAH KANSER SERVIKS INI DICEGAH?

Updated: Jul 6, 2020


Semasa saya cuti beberapa hari yang lepas, sebenarnya saya bercuti untuk menjaga mak saya di hospital selepas menjalani pembedahan buang rahim. Jadi saya berpeluang utk duduk di wad gynaecology selama 4 hari dan melihat ragam pesakit di sana.

Sehari selepas dimasukkan ke wad, jiran katil sebelah mak saya meninggal dunia disebabkan masalah kanser rahim. Kemudian, melihat seorang pesakit yang sangat tenat di katil depan, saya ringankan mulut untuk tanya apa masalah yang dihadapi beliau. Kalau diikutkan pengalaman saya dia kelihatan seperti pesakit kanser tahap akhir. Sangat kurus, bernafas laju dengan bantuan bekalan oksigen sambil duduk tegak dan perut yang membusung. Tepat sangkaan saya. Dia juga penghidap kanser rahim dan pangkal rahim tahap 4. Kansernya sudah merebak ke paru-paru. 😥 Sebenarnya ramai yang masih lagi tidak tahu kanser serviks adalah kanser no 3 yang paling kerap berlaku di malaysia. Dan no 2 di dunia bagi pesakit wanita. Biasanya kanser serviks ni tidak mendatangkan apa-apa simptom kecuali apabila dah besar dan advanced stage. Tidak ramai juga tahu yang kanser serviks boleh dielakkan dengan melakukan screening test PAP smear. Ini adalah screening proses di mana sampel pada pangkal rahim diambil dan dilihat bawah microscope untuk tahu jenis sel samada normal atau tidak. Tapi tidak ramai yang buat Screening ini. Malah, survey dari LPPKN mendapati hampir separuh wanita tidak melakukan PAP smear kerana merasakan ianya tidak perlu, selain faktor masa dan tidak tahu. Dan sebenarnya, menurut LPPKN 3 dari 5 wanita di kawasan luar bandar telah pun melakukan pap smear berbanding hanya 2 dari 5 wanita di kawasan bandar.. Jujurnya, saya sendiri pun belum membuat PAP smear walaupun kerja saya boleh dikatakan setiap minggu membuat PAP smear pada orang lain. Beberapa hari lepas saya ada membuat PAP smear untuk pesakit di klinik. Pesakit mempunyai masalah ketuat di kemaluan yang berpunca daripada jangkitan HPV. Dia juga mendapatkan rawatan vaksin untuk mencegah kanser serviks sebaik saja PAP smear dilakukan. Saya puji pesakit ni kerana dia cakna tentang masalah kesihatan dirinya. Berapa ramai yang tidak ambil kisah untuk melakukan PAP smear walaupun pernah dijangkiti ketuat ini? Tahukah anda yang hampir kesemua kanser serviks berpunca dari jangkitan HPV? Cuma tidak semua mereka yang dijangkiti HPV akan mendapat kanser serviks. Jadi, penting untuk kita buat screening bagi menilai tahap kesihatan serviks kita. Adakan sel masih normal atau sudah bertukar menjadi abnormal? Kalau normal baguslah kita boleh buat screening every 2/3 years. Kalau tidak pemeriksaan susulan seperti "colposcopy" diperlukan utk melihat tahap sel itu. Yang penting kanser yang dapat dikesan pada tahap awal mempunyai peluang yang lebih cerah untuk sembuh daripada kanser yang dikesan pada tahap akhir. Boleh kongsikan info ini pada kawan2, ibu dan sedara anda ya supaya lagi ramai yang tahu kanser serviks ni masih boleh dicegah. Boleh follow ig @dr_bazilah atau @klinikdrbazilah untuk update2 berkenaan kulit 😊

3,407 views1 comment

Recent Posts

See All
bottom of page