Body Acne 2.0
Updated: Jul 6, 2020
Hi guys, sambung balik topik semalam. Macam mana nak kurangkan body acne or back acne. 1. Pakai baju yang longgar dan serap peluh. Especially pada sesiapa yang suka pergi bersenam di gym memang senang naik jerawat disebabkan pori pada badan tersumbat oleh peluh atau sebum. 2. Mandi Kene rajin mandi untuk buang kotoran di belakang yang boleh menyebabkan pori tersumbat terutamanya selepas badan kita sudah berpeluh-peluh.

3. Boleh cuba beli sabun yang medicated seperti sabun yang mengandungi benzoyl peroxide or salicylic acid. Atau cuba pakai produk yang ada kedua-dua bahan tersebut. 4. Peeling. Sesekali buat glycolic peel pada belakang badan pun bagus. Boleh tolong kurangkan pori-pori tersumbat dan elak pembentukan jerawat. . 5. Aknicare chest and back spray Kalau malas sangat boleh sahaja pakai produk-produk yang ada di pasaran seperti aknicare untuk jerawat badan. Senang sahaja cuma spray pada affected area sahaja. Sebenarnya body acne memang agak susah nak dirawat terutama pada pesakit lelaki atas faktor hormon. Jadi apa-apa pun kebersihan itu memang perlu diutamakan sebagai langkah-langkah pencegahan .
Boleh follow IG saya @dr_bazilah dan website drbazilah.com untuk tahu lebih lanjut serta tips-tips berkenaan kulit yang lain.
Terima kasih kerana membaca.