top of page
  • Writer's pictureDR.B

BIBIR HITAM?

Updated: Jul 6, 2020



Bibir hitam? Pigmentasi pada bibir? Apakah penyebabnya?


Hi guys, hari ini saya ingin share a bit about hyperpigmentation of lips. .


Yg membuatkan kulit kita jadi berwarna ni adalah melanin, dihasilkan oleh melanocytes sendiri. Lebih banyak melanin di kawasan bibir dihasilkan menyebabkan kulit bibir nampak lebih gelap.


Umumnya melanin di bibir adalah lebih sikit dari melanin yang ada di kulit di kawasan lain. Sebab itu warna bibir kita lebih reddish or pinkish berbanding kulit kita.


Akan tetapi kenapa kadang-kadang bibir kita menjadi gelap? Jom kita lihat punca-puncanya. Percaya tak yang sebab utama menyebabkan kulit bibir hitam berpunca dari lipstick kita sendiri? Apaaa??


Ya tepat sekali. Penggunaan low quality lipstick pada bibir menyebabkan berlakunya alahan yang disebut Pigmented Contact Cheilitis. Sebab terdapat bahan kimia di dalam lipstick tersebut yang mnyebabkan kita alah hingga mmbuatkan kulit bibir menjadi kering dan pecah.


Apa bahan-bahan kimia tersebut?


Hampir kebanyakan lipstick tidak berkualiti di pasaran mengandungi isopalmityl diglyceryl sebacate, ricinoleic acid, dipentaerythritol fatty acid ester, ester gum, coal tar dyes, 1-phenylazo -2- naphtol derivatives. .


Ok dah boleh betulkan lidah tu balik. Ada rasa menyesal beli lipstick harga rm 20 minggu lepas? Aduh. 😉


Jadi selepas ini kalau anda ingin membeli lipstick, anda perlu berhati-hati apabila terjumpa ingredients di atas, ditakuti korang akan ada alahan terhadap bahan- bahan tersebut .


Tapi bukan itu saje tau punca bibir jadi gelap. Ada lagi sebab lain. Nak tahu sebab lain yang buat bibir lebih gelap dan cara mengurangkan kegelapan bibir?


Boleh follow IG saya @dr_bazilah dan website drbazilah.com untuk tahu lebih lanjut serta tips-tips berkenaan kulit

yang lain.


Terima kasih kerana membaca.

494 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page