ANTI AGING 4.0
Updated: Feb 4, 2018
Anti aging tips no 4:
👉Tidur yang cukup. Dalam 6 sehingga 8 jam sehari.

Habit tidur lewat memang sudah sebati dengan orang kita. Rata-rata nya menganggap tidur awal tidak remaja. Tetapi mereka silap, tidur lewat yang sebenarnya tidak remaja.
Tidur lewat akan menyebabkan kesan lebam pada mata yang berpunca daripada saluran darah yang mengembang dan seterusnya menyebabkan pergerakan darah menjadi stasis/terhenti serta memberikan kesan hitam bawah mata tersebut.

Kalau anda tanya orang korea salah satu amalan baik mereka selain minum air yang banyak sehari mereka juga mengamalkan tidur pada awal waktu. Rata-rata nya tidur seawal pukul 10 malam. (Padahal waktu saya share post ini pun sudah lebih dari pukul 10mlm).
Untuk pengetahuan anda, tempat yang paling susah untuk dirawat adalah kulit disekitar mata. Sebab kulit di bahagian tersebut sangat nipis jika dibandingkan dengan kawasan lain. Orang yang kerap tidur lambat dan mempunyai dark circle mereka nampak lebih kusam, letih dan berumur. Dark circle boleh di kurangkan dengan rawatan secara laser dan filler. Dan mengambil kira beberapa rawatan untuk mendapat outcome yang memberansangkan. . Antara cara lain yang murah dan boleh mengurangkan kesan lebam bawah mata ialah anda boleh meletakkan sudu besi yang disejukkan di dalam peti ais terlebih dahulu dan lekapkan di sekeliling mata. Jangan terlalu sejuk sebab anda boleh terkena frostbite.

Sudu sejuk akan mengecutkan salur darah yang mengembang itu dan mengurangkan stasis flow darah tersebut. Hmm.. looks like I have to save some money for the undereye treatment. My 5 years in medical school has really taken its toll on me now. Sigh. 😢😢
Boleh follow IG saya @dr_bazilah untuk tahu lebih lanjut serta tips-tips berkenaan kulit yang lain.
Terima kasih kerana membaca.