ANTI AGING 3.0
Updated: Feb 4, 2018
Exfoliate!
Exfoliate dalam bahasa hariannya ialah membuang sisa daki pada permukaan kulit iaitu epidermal layer.

Sel kulit terdiri daripada beberapa lapisan. Dan kitaran hidup untuk sel biasanya ialah 28 hari. Apabila sel baru pada lapisan kulit bawah dihasilkan, lapisan kulit paling atas merupakan sel yang paling matang dan hampir menemui penamat kepada kitaran sel. Lapisan teratas kulit yang sudah matang dan kering sebenarnya memberikan warna kusam pada kulit. Namun begitu ia juga merupakan pelindung yang baik kepada lapisan kulit di bawah daripada kuman dan mengawal kelembapan kulit daripada terhidrasi. Oleh sebab itu, dengan exfoliation, ia bakal memberikan glow dan radiance pada kulit. Kulit baru yang ada selalunya lebih segar, cerah dan seakan kemerah merahan. Bermakna anda akan kelihatan lebih putih! 😆
Exfoliation juga meransang kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen, mengurangkan parut hitam pada permukaan kulit membersih debu dan kuman yang tersumbat pada permukaan liang kulit dan juga mengurangkan garis kedutan. Disebabkan keadaannya yang belum matang, ia bukanlah pelindung terbaik sinaran cahaya matahari. Oleh itu, jika anda perasan sebaik sahaja anda selesai membuat apa2 procedure pada muka, anda dinasihatkan untuk memakai sunblock bagi mengelakkan tindak balas daripada kulit baru. .
Kulit baru yang terdedah kepada cahaya matahari pula akan lebih mudah sunburn dan ia mungkin mengambil masa lebih lama untuk sampai ke kitaran 28 hari semula. .
Bagaimanakah caranya untuk kita exfoliate kulit? Next post ok? 😉
Boleh follow IG saya @dr_bazilah untuk tips-tips berkenaan kulit yang lain.
Terima kasih kerana membaca. 😊