• DR.B

5 CARA TERBUKTI ATASI BLACKHEAD DAN WHITEHEAD.

Updated: Jan 31, 2019



Apakah itu pori-pori terbuka? Apa pula blackhead dan whitehead?


Siapa ada masalah pori-pori terbuka ni? Honestly most of us have. Sama ada teruk atau tidak sahaja.


Whitehead atau blackhead ni sebenarnya adalah pori-pori yang tersumbat. Yang membezakan mereka ni adalah bukaan mereka. Sama ada terbuka atau tertutup.


Blackhead merupakan jenis pori tersumbat yang terbuka. Sebab kita boleh nampak kotoran yang tersumbat dan berwarna hitam. Juga digelar sebagai open comedone.


White head pula adalah jenis pori tersumbat dan tertutup. Maksudnya kita tidak boleh nampak kotoran di bawahnya oleh sebab terdapat lapisan kulit di atas pori tersebut.


Tahu kenapa anda boleh ada pori-pori yang besar dan terbuka?


Antara punca-punca pori-pori terbuka ni ada banyak. Anggap sahaja bentuk liang pori kita ni macam sebuah belon yang di isi air. Mungkin lebih mudah anda akan faham tentang penerangan saya nanti.


1. Faktor sinar UV


Apabila kulit kita semakin 'senja' atau terlampau terdedah kepada cahaya matahari, kulit kita akan kehilangan kolagen. Kulit yang hilang kolagen akan menyebabkan volume loss, kulit lebih berkedut. Maka liang roma kita pun akan menjadi kurang elastik dan kurang anjal. Faktor kulit sekeliling liang roma yang kurang kolagen akan menyebabkan liang roma kurang structural support. Akibatnya liang roma menjadi lebih besar dari semasa kita muda dulu.


2. Faktor umur


Yang ini sama seperti penerangan di atas. Disebabkan kolagen kita semakin berkurang yang berkadar terus dengan umur, jadi dinding-dinding liang pori kita juga sudah tidak berapa elastik dan menjadi lebih besar.


3. Faktor minyak yang berlebihan.


Kalau anda perasan orang yang kulitnya senang naik jerawat akan ada pori-pori yang lebih besar. Tahu kenapa? Hal ini disebabkan sebum yang dihasilkan lebih banyak, maka dinding pori tersebut semakin meregang dan pori nampak lebih besar. Orang lelaki selalu mempunyai pori lebih besar kerana sebum mereka yang lebih aktif disebabkan faktor hormon androgen.


4. Faktor genetik


Kalau keturunan anda memang jenis yang mempunyai pori=pori besar, anda juga akan berpeluang untuk ada pori yang agak besar.


5. Faktor kotoran.


Secara normalnya kulit kita mempunyai beberapa lapisan. Dan lapisan ini akan selalu diganti setiap 28 hari. Apabila kulit atas matang, ia akan di nyahkan dari badan. Kadang-kadang kulit mati yang terkumpul ini akan terkumpul di sekitar liang pori dan menyebabkan pori tersumbat seterusnya membuatkan pori bertambah besar.



Macam mana nak hilangkan pori-pori besar? Actually, pori-pori ni tak boleh dihilangkan. Sebab dia memang adalah komponen kepada kulit kita. Dan berfungsi untuk mengeluarkan peluh dan sebum dari bahagian bawah kulit kita. Oleh itu pori-pori tidak boleh dihilangkan tapi boleh dikurangkan.


Kita boleh kurangkan kebesaran liang pori kita dengan beberapa cara.


1. Bantu kurangkan degradasi kolagen dan tingkatkan penghasilan kolagen.

Yang ini seperti yang telah saya terangkan pada post yang lepas seperti pemakaian sunblock (boleh rujuk pada link di sebelah), microneedling etc.


2. Boleh buat scrub.

Scrubbing merupakan salah satu cara exfoliation. Bila kita scrub, daki-daki tidak akan sempat berkumpul di dalam liang dan tepi roma kita untuk menyebabkan dinding pori meregang. Jadi dia akan membuatkan pori nampak lebih kecil.



3. Mencuci muka menggunakan pencuci khas muka berminyak.

Bila anda cuci menggunakan facial wash, minyak atau sebum yang terkumpul di liang pori akan di cuci dan dikeluarkan ke permukaan kulit. Terutama black head. Malah ia akan mencuci kotoran keluar juga.


4. Pakai mask.

Bila kita pakai mask, secara tidak langsung debu yang melekat di bahagian dalam pori turut dapat dikeluarkan bersama-sama dengan mask yang kita pakai.



5. Chemical peeling.

Peeling membantu membuang sel-sel kulit mati di atas permukaan kulit. Terutama dalam kes whitehead dimana dengan cara menggunakan mask atau cucian tidak mampu menghilangkan debu yang tersembunyi di lapisan bawah kulit. Bila kita membuat peeling, kulit di atas itu akan hilang bersama-sama dengan bahan peel tadi dan seterusnya kotoran yang tersumbat dapat disingkirkan.


Sekian sahaja yang saya dapat share untuk kegunaan anda. Actually ada banyak lagi yang boleh dilakukan terutama prosedur-prosedur di klinik atau di spa. Vitamin A seperti isotretinoin juga membantu dlm mengecilkan pori-pori tetapi perlu dipertimbangkan kesan sampingan yang ada sebelum anda mengambilnya.


Boleh follow IG saya @dr_bazilah  dan website drbazilah.com untuk tips-tips berkenaan kulit yang lain.

Terima kasih kerana membaca😉

  • whatsapp
  • WAZE

© 2018 KLINIK BAZILAH SDN BHD.

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now